Thursday, July 3, 2014

Persiapan sebelum kahwin ~

6 - 12 bulan sebelum :

  1. Pilih tarikh dan waktu bernikah.
  2. Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
  3. Pilih tarikh dan waktu bertandang.
  4. Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
  5. Tetapkan tema majlis.
  6. Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
  7. Rancang aturcara majlis.
  8. Uruskan bajet.
  9. Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam.
  10. Hubungi saksi pernikahan.
  11. Pilih tempat kursus kahwin.
  12. Tempah lokasi majlis berlangsung.
  13. Upah perunding majlis perkahwinan (jika perlu)
  14. Pilih juruandam.
  15. Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
  16. Pilih katerer.
  17. Pilih jurufoto dan video.
  18. Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
  19. Pilih cincin/gelang pernikahan.
  20. Pilih kumpulan persembahan.
  21. Pilih kek pengantin.
  22. Bincang rekaan baju.
  23. Bincang barang hantaran.
  24. Pilih penggubah hantaran.
  25. Rancang destinasi bulan madu.
  26. Rancang tempat tinggal selepas kahwin.
5 bulan sebelum :
  1. Himpun senarai tetamu.
  2. Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
  3. Tempah destinasi bulan madu.
  4. Tempah juruandam.
  5. Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  6. Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem).
  7. Tempah katerer.
  8. Tempah jurufoto dan juruvideo.
  9. Tempah bunga serta penghias lokasi majlis.
  10. Tempah cincin/gelang perkahwinan.
  11. Tempah kek pengantin.
  12. Tempah kumpulan persembahan.
  13. Tempah tempat penginapan untuk tetamu / homestay.
  14. Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
  15. Tempat penggubah hantaran.
  16. Beli barang hantaran.
  17. Hadiri kursus perkahwinan.
  18. Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
  19. Buat rawatan muka.
4 bulan sebelum :
  1. Pilih dan tempah kad jemputan.
  2. Sediakan peta lokasi.
  3. Beli cincin/gelang perkahwinan.
  4. Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
  5. Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
  6. Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
  7. Tinjau lokasi majlis.
  8. Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
  9. Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
  10. Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah.
  11. Bayar deposit (jika perlu).
3 bulan sebelum :
  1. Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing.
  2. Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
  3. Sahkan tempahan pakej juruandam.
  4. Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  5. Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
  6. Sahkan tempahan jurufoto dan juruvideo.
  7. Sahkan tempahan bunga serta penghias lokasi majlis.
  8. Sahkan tempahan kek pengantin.
  9. Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
  10. Sahkan tempat penginapan untuk tetamu / homestay.
  11. Sahkan tempahan percutian bulan madu.
  12. Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya.
  13. Buat temu janji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
  14. Buat tempahan untuk melakukan spa.
  15. Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
  16. Pilih senarau lagu / nasyid.
  17. Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
  18. Mula membungkus cenderahati tetamu.
2 bulan sebelum : 
  1. Hubungi Jabatan Agama Negeri masing-masing untuk menyemak status permohonan nikah.
  2. Pos kad kahwin bagi saudara mara atau rakan yang jauh.
  3. Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perundingan majlis perkahwinan.
  4. Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis perkahwinan.
  5. Cetak aturcara majlis.
  6. Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
  7. Mengatur sesi pergambaran di studio.
  8. Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
  9. Rancang kedudukan tempat tetamu.
1 bulan sebelum :
  1. Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
  2. Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
  3. Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
  4. Buat rawatan muka dan badan.
  5. Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
  6. Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
  7. Sediakan hiasan meja.
  8. Pastikan cincin/gelang anda dalam ukuran yang betul.
  9. Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
  10. Berlatih senyum setiap hari.
2 - 3 minggu sebelum :
  1. Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftaran Pernikahan.
  2. Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
  3. Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
  4. Selesaikan semua kerja sebelum cuti.
  5. Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan kepada katerer.
  6. Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
  7. Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan)
  8. Mula mengemas beg pakaian untuk bulan madu.
  9. Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  10. Tugaskan sesorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.
1 minggu sebelum :
  1. Pastikan anda sudah bercuti.
  2. Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.
  3. Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
  4. Sahkan semua perincian dengan katerer.
  5. Siapkan hantaran dan cenderahati.
  6. Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
  7. Buat rawatan muka dan badan yang terakhir.
  8. Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
  9. Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah)
  10. Buat raptai untuk majlis resepsi.
  11. Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.
1 hari sebelum :
  1. Pastikan barang yang dipinjam, disewa atau ditempah sudah diterima.
  2. Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
  3. Pakai inai di jari.
  4. Rehat dan tidur awal.
Hari majlis :
  1. Bangun awal dan mandi sunat.
  2. Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
  3. Pastikan anda makan dan rehat secukupnya.
  4. Lalui majlis dengan penuh gembira.

TIPS : Hantaran boleh dibuat sekali sahaja iaitu masa bertunang (bagi sekali barang-barang untuk nikah contohnya kain pasang/kain nikah). Anda jimat di masa kenduri nanti dan anda tidak la pening kepala untuk membuat persiapan hantaran masa majlis perkahwinan. Sekarang kebanyakkan butik pengantin menawarkan pakej jimat iaitu dalam satu pakej ada termasuk semua persiapan (pelamin, baju sanding L/P, katerer, meja berhias, makanan VIP, dll) ... Jangan buat persiapan last minit ye !! hee ,..Selamat membuat persiapan kawan-kawan..

No comments:

Post a Comment